Jangan suka Mencaci





Bismillahirrahmanirrahim,

Post kali ini saya ingin bercakap mengenai perbuatan Mazmumah iaitu mencaci. Perbuatan Mencaci atau menyakiti seseorang Muslim adalah termasuk dosa besar dalam Islam kerana ia boleh menjejaskan nama baik atau maruah orang yang dimaki dan disakiti hatinya.

             Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Seorang Mukmin bukanlah orang yang suka mencerca, bukan suka menghina, bukan suka berbuat keji dan bukan orang yang suka bercakap keji."

Marilah sama-sama kita jaga diri kita dari perbuatan ini dan di sini saya ingin berkongsi tips untuk merawat lidah bagi mereka-mereka yang sering mencaci atau yang suka menyakiti hati orang lain.

  1. Latihkan diri dengan berkata-kata dan berbual dengan perkataan yang baik-baik, lemah lembut dan mesra.
  2. Latihkan diri dengan menjauhi daripada sikap menghina, mengutuk,merendah-rendahkan sesama Muslim.
  3. Latihkan diri dengan bergaul dan berkawan sesama rakan yang baik, jug berdamping dengan  orang yang tinggi ilmu agamanya.
  4. Latihkan diri dengan mengelak daripada bersikap suka bermusuh, suka mengumpat,suka bertengkar.
  5. Latihkan diri dengan meringankan lidah untuk memohon maaf dengan orang lain jika tersilap atau berbuat salah.
  6. Latihkan diri dengan mengamalkan sikap berbaik sangka dan menolak buruk sangka terhadap orang lain.
  7. Latihkan diri dengan mengamalkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.
Renung-renungkan dan Selamat Beramal :)

YA ALLAH, LINDUNGILAH HATIKU INI DARIPADA KOTORNYA MAKSIAT




Allah berfirman :

"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami, atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? kerana sesungguhnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta adalah hati yang ada di dalam dada."


(Surah al-Hajj 22:46)

Berpakaian tetapi Telanjang




Rasulullah s.a.w. telah memberi amaran berkenaan satu sikap golongan hawa yang menjadi penghalang mereka daripada mencium bau syurga. Bau syurga pun tidak dapat dihidu, apatah lagi melangkah kaki memasukinya. Nauzubillah! Moga Allah melindungi kita semua.


          Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
   
   "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka (sanggul/fesyen rambut) bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalann yang sangat jauh." 
(Riwayat Muslim)

          Dalam riwayat Imam Malik, ada sambungan hadis ini iaitu: "...Bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan." (Al-Muwatta')

Berpakaian



Ummu Salamah meriwayatkan,
"Pakaian yang paling disukai Rasulullah s.a.w. adalah pakaian gamis"
(Riwayat Tirmidzi dan Abu Daud)

Qailah binti Makhramah meriwayatkan (dalam sebuah hadis yang panjang),
"Saya melihat Rasulullah s.a.w. mengenakan dua helai pakaian usang yang diwarnai dengan za'faran. Warna kedua pakaian itu pun mulai luntur."
(Riwayat Tirmizi)


Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Hendaklah kalian mengenakan pakaian yang berwarna putih; orang-orang yang masih hidup di antara kalian, hendaklah mengenakan pakaian berwarna putih. Dan orang-orang yang telah meninggal dunia, hendaklah dikafani dengan kain yang berwarna putih. Sungguh, pakaian berwarna putih itu merupakan bahagian pakaian yang paling baik bagi kalian."
(Riwayat Tirmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, dan Ahmad)


Law Kana Bainana



LAW KANA BAINANA

Puisi Intro
----------
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Start
-----
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

Lirik Dalam Arab
-------------------------------------------------------------------
عبد الرحمن محمد -- لو كان بيننا الحبيب
------------------------------------------
يا ربي قد غفلنا وكلنا طمع
في عفو وفي كرم وفي اعتاق
وجنة مع سيد البشر
ندعوك... ندعوك ربي من الأعماق

لو كان بيننا الحبيب # لدنا القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب # طالباً قرب الحبيب

بقربه النفس تطيب # وتدعوا الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب # بلغنا لقاه يا مجيب

هداك الكون الرحيب # رحمة الهادي القريب
حديثك النهر العذيب # جوارك الغصن الرطيب
فدتك روحي يا حبيب # محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب # يا رحمة للعالمين

يا حبيبي يا محمد # يا طبيبي يا ممجد
أنت ذوالفضل المؤيد # جل من صلى عليك

Kerana aku Malu

Samihah mengurung diri di bilik pejabat. Dia baru selesai bercakap dengan suami. Matanya menatap skrin komputer yang menyala. Hatinya berperang dengan minda, rasa marah dan berang berombak di dada. Dia cuba memahami kenapa suaminya berperangai begitu. Rupa kacak, kerja berpangkat, tetapi apabila minta menemaninya ke butik dan saloon, jawapannya tetap sama, "Saya malu."

          Samihah panas hati, dia menulis SMS untuk suaminya "Nak minta teman ke tempat itupun masih malu? Awak ni lelaki atau perempuan?" dan menekan butang hantar.
          Dahulu, sebelum dia mengahwini Ibrahim. Dia sering ke Saloon Moona untuk berdandan dan singgah ke Butik Jasmin memilih baju setiap kali masuk gaji. Namun selepas berkahwin, dia memakai tudung demi memenuhi syarat Ibrahim. Samihah memenuhi syarat itu sebagai penghijrahan kepada kebaikan. Semenjak hari itu dia tidak berpeluang ke Saloon Moona dan Butik Jasmin. Ibrahim tidak bersedia menemaninya ke situ. Alasannya sama, "Dia malu!"

Akhlak Rasulullah



Aisyah r.a meriwayatkan :
"Rasulullah s.a.w. bukanlah orang yang keji dan beliau tidak pernah berbuat keji. Beliau tidak pernah berteriak-teriak di pasar. Beliau tidak pernah membalas keburukan dengan keburukan; beliau selalu memaafkan dan bersikap lapang dada."
(Riwayat Tirmidzi, Abu Daud, dan Ahmad)

Ibnu Abbas r.a meriwayatkan :
"Rasulullah s.a.w. adalah orang yang paling banyak berbuat kebaikan. Tetapi puncak kemurahan hati beliau terjadi pada bulan Ramadhan hingga bulan itu berakhir. Pada bulan itu, Jibril datang kepada beliau, sehingga Rasulullah s.a.w. boleh memperdengarkan Al-Quran kepadanya. Dan ketika Jibril menemui beliau, sungguh, Rasulullah s.a.w. berbuat kebaikan lebih banyak daripada angin yang berhembus kencang."
(Riwayat Bukhari, Muslim, Nasa'i, Ahmad, Baghawi, dan Ibnu Sa'd)

Aisyah r.a meriwayatkan :
"Rasulullah s.a.w. menerima hadiah dan membalas pemberian itu (dengan hadiah yang setara atau lebih berharga)."
(Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Abu Daud, dan Ahmad)



Budaya Legging


Pemandangan wanita bertudung dengan seluar ketat, baju ketat, baju nipis dan singkat sudah menjadi halua mata setiap hari apabila kita bersiar di Pasaraya atau di Pusat Pengajian Tinggi. Tak kurang juga pakaian wanita yang bertudung lebih seksi daripada wanita tidak bertudung. Tidak kurang juga wanita bertudung lebih teruk perangainya daripada wanita tidak bertudung.

Tanda Benarnya Sabda Rasulullah S.A.W..

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,:“Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.” (HR. Muslim no. 2128)

Selawat

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya

10 Macam gangguan Syaitan ketika Solat



Assalamualaikum,

Kali ini ana ingin berkongsi satu ilmu yang ana terjumpa kepada antum semua tentang gangguan Syaitan ketika solat.




Berikut merupakan 10 gangguan ketika kita melakukan solat : 




  1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratulihram,


       Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.


Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.


Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.



   2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat,


        Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.” Rasulullah menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.


“Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menjauhkan gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat Muslim).

Cara membaca Al-Fatihah




Al-Fatihah merupakan salah satu rukun 13 dalam solat dan ia merupakan rukun ke-3 dalam solat.
Tidak membaca Al-Fatihah di dalam solat maka tidak sah solat kita kerana Al-Fatihah merupakan rukun Qauli iaitu wajib dibaca dengan betul.

Syarat sah bacaan Al-Fatihah ialah :

  • Bacaan itu didengari dengan jelas jika dia mempunyai pendengaran yang baik,
  • Membaca mengikut tertib ayat serta jelas sebutan huruf dan bacaan yang bersabdu,
  • Menyebut sebutan kalimah dalam surah itu dengan betul sama dengan maknanya. Jika tidak solatnya dianngap tidak sah,
  • Bacaan surah Al-Fatihah hendaklah disebut dalam bahasa Arab,
  • Hendaklah menyempurnakan bacaan Al-Fatihah ketika dalam keadaan berdiri dan tidak boleh disambung dalam keadaan duduk. Dalam hadis riwayat Ibnu Hibban dan Daraquthni menyebut : "Tidak cukup solat yang tidak dibaca Al-Fatihah kepadanya."

YA ALLAH, JAUHKAN AKU DARIPADA KELEKAAN DAN KEALPAAN SEHINGGA TERLUPA MENYEBUT NAMA-MU



Dari Jabir r.a., dia berkata, aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: 

          "JIKA ADA SESEORANG MEMASUKI RUMAHNYA, LALU DIA MENYEBUT NAMA ALLAH S.W.T PADA SAAT MEMASUKINYA DAN PADA SAAT MAKAN, MAKA SYAITAN AKAN BERKATA KEPADA RAKAN-RAKANNYA: 'TIDAK ADA TEMPAT MENGINAP BAGI KAMU SEMUA DAN TIDAK ADA JUGA MAKAN MALAM UNTUK KAMU SEMUA.' DAN JIKA MASUK RUMAH, LALU DIA TIDAK MENYEBUT NAMA ALLAH PADA SAAT MEMASUKINYA, MAKA SYAITAN AKAN BERKATA: 'KAMU SEMUA BOLEH MENGINAP DI SINI.' DAN JIKA TIDAK MENYEBUT NAMA ALLAH PADA SAAT AKAN MAKAN MAKA SYAITAN AKAN BERKATA : 'KAMU SEMUA BOLEH MENGINAP DAN JUGA MAKAN MALAM.' "

                                                                                                                                       (Riwayat Muslim)

Beribadah



 Tips yang saya ingin berkongsi pada post kali ini ialah : 
ALANGKAH SELESANYA BERIBADAH DALAM KEADAAN BERSIH

Waktu dan jenis mandi sunat :

  1. Ketika hendak menunaikan solat Jumaat
  2. Ketika hari raya Aidilfitri dan Aidiladha
  3. Selepas memandikan jenazah
  4. Selepas sembuh daripada penyakit

YA ALLAH, TUNJUKKANLAH HATI-HATI KAMI KEPADA JALAN KETAATAN KEPADA-MU.


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

          "SESIAPA YANG BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI AKHIRAT, HENDAKLAH BERKATA BAIK ATAU DIAM. SESIAPA YANG BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI AKHIRAT, HENDAKLAH MENGHORMATI JIRAN TETANGGANYA. DAN SESIAPA YANG BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI AKHIRAT, HENDAKLAH MENGHORMATI TETAMUNYA."
                                                                                                                            
                                                                                                                           (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Siddiq Cerdas


Pemohon Maaf dan Pemaaf


Orang yang sentiasa memohon maaf itu...."Orang yang HEBAT"
Orang yang bersikap pemaaf itu...."Jauh lebih HEBAT"

          Adalah tidak menjadi satu kehinaan kepada kita sekiranya kita adalah seorang PEMAAF kerana di sinilah wujudnya sifat terpuji sebagai seorang Islam :

  • menunjukkan kebijaksanaan
  • orang yang bersih dari kesombongan
  • orang yang bersih dari dendam kesumat
  • tidak ada rasa terhina diri
  • keimanan yang tertinggi

YA ALLAH, HADIRKAN HATI SAHABATKU INI DENGAN SIFAT KASIH SAYANG AGAR DAPAT KUBAWA KE JALAN-MU



Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : 


"Janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling membelakangi dan janganlah sebahagian kamu membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain.Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak patut menzalimi, membohongi, dan merendahkannya. Takwa itu di sini (Baginda s.a.w. menunduk tiga kali). Cukuplah seseorang itu dikatakan buruk jika sanggup menghina saudaranya sesama Muslim. (Sesungguhnya) setiap Muslim ke atas Muslim yang lain adalah diharamkan darahnya, hartanya dan kehormatannya." - (Riwayat Ahmad no. 7713 dan Muslim no. 2563)

Mari ucapkan Selawat



  Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi tips-tips tempat dan waktu dianjurkan untuk berselawat :


  • Sesudah laungan azan.
  • Ketika hendak masuk dan ketika keluar masjid.
  • Dalam solat jenazah.
  • Dalam takbir-takbir hari raya.
  • Sewaktu membaca tahiyat akhir dalam solat.
  • Pada awal dan akhir bacaan doa.
  • Pada malan dan siang hari jumaat.
  • Dalam khutbah dan semasa bacaan doa qunut.
  • Ketika orang menyebut nama Rasulullah s.a.w.
  • Tiap pagi, petang, ketika mengadakan majlis ceramah, ketika susah, sakit dan lain-lain.

    Marilah sama-sama kita perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W sebagai tanda cinta kita kepada Baginda serta memudahkan untuk kita mendapatkan syafaat oleh Baginda seperti dalam suatu hadis :

Rasulullah bersabda yang bermaksud: " Sesiapa membaca selawat sepuluh kali pada pagi hari dan sepuluh kali pada waktu petang, maka ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat."
(Riwayat al-Tabarani daripada Abu Darda' r.a.)


   Memandangkan tarikh lahir Rasulullah sudah dekat saya menyeru orang yang sedang membaca blog ini dan diri saya sendiri marilah kita banyakkan berselawat ke atas Nabi kerana sekali kita ingat pada Baginda. Baginda akan ingat pada kita 10 kali ketika di akhirat kelak. Tidak rugi dan tidak keluar modal pun untuk berselawat ke atas Nabi malah dapat pahala lagi. :)


Renung-renungkan...


                                                                    Sumber : Majalah Gen-Q

    

Keistimewaan Wanita


Wanita masa menjadi 'anak' boleh membawa orang tuanya ke syurga...
boleh juga ke neraka jika tak menutup aurat dengan sempurna dan lain-lain..

Ketika menjadi isteri, dia juga penentu syurga atau neraka si suami...

Ketika menjadi ibu, syurga berada di bawah telapak kakinya...

*beruntungnya wanita*
~Alhamdulillah~

Bertudunglah dengan betul..


Isu yang hendak difokuskan di dalam artikel ini bukannya kepada wanita yang tidak menutup auratnya (tidak memakai tudung) kerana isu tersebut kita sudah pun tahu apakah hukuman di akhirat kelak kepada manusia yang tidak menutup aurat apatah lagi sengaja mendedahkan aurat TETAPI isu yang hendak dikaitkan disini ialah ISU PEMAKAIAN Tudung Rahib Kristian = Tudund Di akhir Zaman = Tudung Wanita Moden.
Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka. Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila kedatangan Islam, setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikaikan apa-apa alasan dan sebab.

Ganjaran Usaha


Berusaha la bersungguh-sungguh jika kita ingin mencapai sesuatu dengan cemerlang.
Jangan jadi budak yang berlagak pandai seperti yang diceritakan didalam komik di atas..

Let's change our habits and follow the sunnah...


Renung-renungkan :D

Allah Maha Mengetahui



Abu Hurairah R.A Telah Mendengar Nabi S.A.W Menceritakan sebuah kisah tentang dua orang lelaki yang hidup dalam kalangan Bani Israel. Mereka mempunyai perihal keadaan yang berbeza antara satu sama lain. Salah seorang daripadanya adalah pelaku dosa. Manakala, seorang yang lain merupakan si abid yang bersungguh-sungguh dalam melaksanakan ibadah.

Tolak yang Biasa, Tambah yang Baik

Tolak: Bangun pagi bermalas-malasan sambil berdialog, "Alamak...nak pergi sekola la pulak!! Hari-hari buat benda yang sama...
hmph!"


Tambah: Celik mata terus berdoa, "Ya Allah, hari ini, lihatkanlah mataku kepada kebesaran-Mu, dengarkanlah telingaku kepada kalimah-Mu, ucapkanlah bibirku kepada memuji-Mu, indahkanlah perangaiku kepada apa yang Engkau perintahkan."


Tolak: Berkhayal ketika dalam kelas sambil merungut dalam hati, "Bosan la cikgu ni. Meleweh macam mengajar penyu berlari!"

Nikmat Tuhan




Nikmat Tuhan, bagaimana kita manfaatkan :)


Allah S.W.T menyatakan dalam Al-Quran :

وَآتًاكُمْ مِن كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ وَإِن تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللهِ لَا تُحْصُوهَا إِنَّ الْإِنسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ

Maksudnya : "Dan dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)."

(Ibrahim : 34)

Rasulullah S.A.W dari hadis Abu Barzah Al-Aslami Radhiyallahu'anhu yang diriwayatkan oleh Al-Imam At-Tirmidzi dan beliau berkata bahawa hadis ini darjatnya Hasan Shahih. Rasulullah S.W.T bersabda :

لَاتَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ اربع , عن عُمْرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ عِلْمِهِ فِيمَا فَعَلَ وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَه
وَفِيمَا أَنْفَقَهُ وَعَنْ جِسْمِهِ فِيمَا أَبْلَاه

"Tidak akan bergeser kedua kaki seorang hamba pada hari kiamat nanti sampai ditanya tentang empat perkara : 1. tentang umurnya untuk apa dia gunakan, 2. tentang ilmunya, sejauh mana dia amalkan ilmunya tersebut, 3. tentang hartanya, dari mana harta tersebut didapatkan dan untuk apa harta tersebut dibelanjakan, dan 4. tentang tubuhnya, untuk apa dia gunakan."

(H.R. At-Tirmidzi)

Membasmi Maksiat


Perlaksanaan menghindari daripada terjerumus ke arah kemaksiatan:


  1. Aktif melakukan perkara yang berfaedah supaya dapat menghilangkan fikiran pada perkara negatif.
  2. Hendaklah menundukkan pandangan daripada melihat perkara-perkara yang mengajaknya kepada melakukan maksiat.
  3. Melakukan perkara-perkara yang dihalalkan bagi mengurangkan kecenderungan melakukan maksiat.
  4. Memikirkan akibat buruk melakukan perkara larangan itu semasa hidup di dunia lagi.

100 nyawa diganti keampunan



Diceritakan pada zaman dahulu, terdapat seorang lelaki yang telah membunuh seramai 99 orang. Lelaki tersebut dari kalangan penduduk Bani Israel. Suatu hari, beliau telah menyesali kejahatan yang dilakukannya dan terdetik ingin bertaubat kepada Allah s.w.t.
          Lalu dia keluar ingin menemui orang alim di kawasan kampungnya supaya dia dibimbing ke arah bertaubat dab beribadah. Setelah agak lama mencari akhirnya dia berjumpa dengan seorang ahli ibadah. Dia menceritakan keadaan dirinya seraya bertanya, “Adakah pintu taubat masih terbuka bagiku?” Ahli Ibadah tadi menjawab,“Tidak”. Lelaki tersebut berasa sangat marah dan membunuh ahli ibadah yang berada di hadapannya tadi. Maka, genaplah 100 orang telah dibunuh olehnya.
          Tersentak daripada perbuatannya, lelaki tersebut menyesal dan meneruskan perjalanannya bagi mencari orang alim lain yang boleh membantunya. Setelah agak puas bertanya kepada orang ramai akhirnya dia dipertemukan dengan seorang alim di sebuah kawasan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...