Cara membaca Al-Fatihah




Al-Fatihah merupakan salah satu rukun 13 dalam solat dan ia merupakan rukun ke-3 dalam solat.
Tidak membaca Al-Fatihah di dalam solat maka tidak sah solat kita kerana Al-Fatihah merupakan rukun Qauli iaitu wajib dibaca dengan betul.

Syarat sah bacaan Al-Fatihah ialah :

  • Bacaan itu didengari dengan jelas jika dia mempunyai pendengaran yang baik,
  • Membaca mengikut tertib ayat serta jelas sebutan huruf dan bacaan yang bersabdu,
  • Menyebut sebutan kalimah dalam surah itu dengan betul sama dengan maknanya. Jika tidak solatnya dianngap tidak sah,
  • Bacaan surah Al-Fatihah hendaklah disebut dalam bahasa Arab,
  • Hendaklah menyempurnakan bacaan Al-Fatihah ketika dalam keadaan berdiri dan tidak boleh disambung dalam keadaan duduk. Dalam hadis riwayat Ibnu Hibban dan Daraquthni menyebut : "Tidak cukup solat yang tidak dibaca Al-Fatihah kepadanya."


Maka, di atas ini merupakan video yang akan menunjukkan bacaan Al-Fatihah yang betul makhraj serta tajwidnya.
Sama-samalah kita memperbetulkan bacaan Al-Fatihah kita agar solat kita di terima oleh Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...