Jangan suka Mencaci





Bismillahirrahmanirrahim,

Post kali ini saya ingin bercakap mengenai perbuatan Mazmumah iaitu mencaci. Perbuatan Mencaci atau menyakiti seseorang Muslim adalah termasuk dosa besar dalam Islam kerana ia boleh menjejaskan nama baik atau maruah orang yang dimaki dan disakiti hatinya.

             Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Seorang Mukmin bukanlah orang yang suka mencerca, bukan suka menghina, bukan suka berbuat keji dan bukan orang yang suka bercakap keji."

Marilah sama-sama kita jaga diri kita dari perbuatan ini dan di sini saya ingin berkongsi tips untuk merawat lidah bagi mereka-mereka yang sering mencaci atau yang suka menyakiti hati orang lain.

  1. Latihkan diri dengan berkata-kata dan berbual dengan perkataan yang baik-baik, lemah lembut dan mesra.
  2. Latihkan diri dengan menjauhi daripada sikap menghina, mengutuk,merendah-rendahkan sesama Muslim.
  3. Latihkan diri dengan bergaul dan berkawan sesama rakan yang baik, jug berdamping dengan  orang yang tinggi ilmu agamanya.
  4. Latihkan diri dengan mengelak daripada bersikap suka bermusuh, suka mengumpat,suka bertengkar.
  5. Latihkan diri dengan meringankan lidah untuk memohon maaf dengan orang lain jika tersilap atau berbuat salah.
  6. Latihkan diri dengan mengamalkan sikap berbaik sangka dan menolak buruk sangka terhadap orang lain.
  7. Latihkan diri dengan mengamalkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.
Renung-renungkan dan Selamat Beramal :)

YA ALLAH, LINDUNGILAH HATIKU INI DARIPADA KOTORNYA MAKSIAT




Allah berfirman :

"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami, atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? kerana sesungguhnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta adalah hati yang ada di dalam dada."


(Surah al-Hajj 22:46)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...