Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Jangan suka Mencaci





Bismillahirrahmanirrahim,

Post kali ini saya ingin bercakap mengenai perbuatan Mazmumah iaitu mencaci. Perbuatan Mencaci atau menyakiti seseorang Muslim adalah termasuk dosa besar dalam Islam kerana ia boleh menjejaskan nama baik atau maruah orang yang dimaki dan disakiti hatinya.

             Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Seorang Mukmin bukanlah orang yang suka mencerca, bukan suka menghina, bukan suka berbuat keji dan bukan orang yang suka bercakap keji."

Marilah sama-sama kita jaga diri kita dari perbuatan ini dan di sini saya ingin berkongsi tips untuk merawat lidah bagi mereka-mereka yang sering mencaci atau yang suka menyakiti hati orang lain.

  1. Latihkan diri dengan berkata-kata dan berbual dengan perkataan yang baik-baik, lemah lembut dan mesra.
  2. Latihkan diri dengan menjauhi daripada sikap menghina, mengutuk,merendah-rendahkan sesama Muslim.
  3. Latihkan diri dengan bergaul dan berkawan sesama rakan yang baik, jug berdamping dengan  orang yang tinggi ilmu agamanya.
  4. Latihkan diri dengan mengelak daripada bersikap suka bermusuh, suka mengumpat,suka bertengkar.
  5. Latihkan diri dengan meringankan lidah untuk memohon maaf dengan orang lain jika tersilap atau berbuat salah.
  6. Latihkan diri dengan mengamalkan sikap berbaik sangka dan menolak buruk sangka terhadap orang lain.
  7. Latihkan diri dengan mengamalkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.
Renung-renungkan dan Selamat Beramal :)

Beribadah



 Tips yang saya ingin berkongsi pada post kali ini ialah : 
ALANGKAH SELESANYA BERIBADAH DALAM KEADAAN BERSIH

Waktu dan jenis mandi sunat :

  1. Ketika hendak menunaikan solat Jumaat
  2. Ketika hari raya Aidilfitri dan Aidiladha
  3. Selepas memandikan jenazah
  4. Selepas sembuh daripada penyakit

Mari ucapkan Selawat



  Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi tips-tips tempat dan waktu dianjurkan untuk berselawat :


  • Sesudah laungan azan.
  • Ketika hendak masuk dan ketika keluar masjid.
  • Dalam solat jenazah.
  • Dalam takbir-takbir hari raya.
  • Sewaktu membaca tahiyat akhir dalam solat.
  • Pada awal dan akhir bacaan doa.
  • Pada malan dan siang hari jumaat.
  • Dalam khutbah dan semasa bacaan doa qunut.
  • Ketika orang menyebut nama Rasulullah s.a.w.
  • Tiap pagi, petang, ketika mengadakan majlis ceramah, ketika susah, sakit dan lain-lain.

    Marilah sama-sama kita perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W sebagai tanda cinta kita kepada Baginda serta memudahkan untuk kita mendapatkan syafaat oleh Baginda seperti dalam suatu hadis :

Rasulullah bersabda yang bermaksud: " Sesiapa membaca selawat sepuluh kali pada pagi hari dan sepuluh kali pada waktu petang, maka ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat."
(Riwayat al-Tabarani daripada Abu Darda' r.a.)


   Memandangkan tarikh lahir Rasulullah sudah dekat saya menyeru orang yang sedang membaca blog ini dan diri saya sendiri marilah kita banyakkan berselawat ke atas Nabi kerana sekali kita ingat pada Baginda. Baginda akan ingat pada kita 10 kali ketika di akhirat kelak. Tidak rugi dan tidak keluar modal pun untuk berselawat ke atas Nabi malah dapat pahala lagi. :)


Renung-renungkan...


                                                                    Sumber : Majalah Gen-Q

    

Tolak yang Biasa, Tambah yang Baik

Tolak: Bangun pagi bermalas-malasan sambil berdialog, "Alamak...nak pergi sekola la pulak!! Hari-hari buat benda yang sama...
hmph!"


Tambah: Celik mata terus berdoa, "Ya Allah, hari ini, lihatkanlah mataku kepada kebesaran-Mu, dengarkanlah telingaku kepada kalimah-Mu, ucapkanlah bibirku kepada memuji-Mu, indahkanlah perangaiku kepada apa yang Engkau perintahkan."


Tolak: Berkhayal ketika dalam kelas sambil merungut dalam hati, "Bosan la cikgu ni. Meleweh macam mengajar penyu berlari!"

Membasmi Maksiat


Perlaksanaan menghindari daripada terjerumus ke arah kemaksiatan:


  1. Aktif melakukan perkara yang berfaedah supaya dapat menghilangkan fikiran pada perkara negatif.
  2. Hendaklah menundukkan pandangan daripada melihat perkara-perkara yang mengajaknya kepada melakukan maksiat.
  3. Melakukan perkara-perkara yang dihalalkan bagi mengurangkan kecenderungan melakukan maksiat.
  4. Memikirkan akibat buruk melakukan perkara larangan itu semasa hidup di dunia lagi.

Panduan Qiamullail



Assalamualaikum,,,

Di sini aku ingin berkongsi kepada korang sedikit tips yang korang boleh lakukan ketika Qiamullail :

  • Bangun pagi, sapu muka dan berdoa.
  • Bersugi.
  • Antara solat sunat yang boleh dikerjakanseperti solat sunat tahajud, solat sunat tasbih, solat sunat taubat, solat sunat hajat, dan ditutup dengan solat sunat witir.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...