Allah Maha Mengetahui
Abu Hurairah R.A Telah Mendengar Nabi S.A.W Menceritakan sebuah kisah tentang dua orang lelaki yang hidup dalam kalangan Bani Israel. Mereka mempunyai perihal keadaan yang berbeza antara satu sama lain. Salah seorang daripadanya adalah pelaku dosa. Manakala, seorang yang lain merupakan si abid yang bersungguh-sungguh dalam melaksanakan ibadah.
Tolak yang Biasa, Tambah yang Baik
Tolak: Bangun pagi bermalas-malasan sambil berdialog, "Alamak...nak pergi sekola la pulak!! Hari-hari buat benda yang sama...
hmph!"
Tambah: Celik mata terus berdoa, "Ya Allah, hari ini, lihatkanlah mataku kepada kebesaran-Mu, dengarkanlah telingaku kepada kalimah-Mu, ucapkanlah bibirku kepada memuji-Mu, indahkanlah perangaiku kepada apa yang Engkau perintahkan."
Tolak: Berkhayal ketika dalam kelas sambil merungut dalam hati, "Bosan la cikgu ni. Meleweh macam mengajar penyu berlari!"
hmph!"
Tambah: Celik mata terus berdoa, "Ya Allah, hari ini, lihatkanlah mataku kepada kebesaran-Mu, dengarkanlah telingaku kepada kalimah-Mu, ucapkanlah bibirku kepada memuji-Mu, indahkanlah perangaiku kepada apa yang Engkau perintahkan."
Tolak: Berkhayal ketika dalam kelas sambil merungut dalam hati, "Bosan la cikgu ni. Meleweh macam mengajar penyu berlari!"
Nikmat Tuhan
Nikmat Tuhan, bagaimana kita manfaatkan :)
Allah S.W.T menyatakan dalam Al-Quran :
وَآتًاكُمْ مِن كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ وَإِن تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللهِ لَا تُحْصُوهَا إِنَّ الْإِنسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ
Maksudnya : "Dan dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)."
(Ibrahim : 34)
Rasulullah S.A.W dari hadis Abu Barzah Al-Aslami Radhiyallahu'anhu yang diriwayatkan oleh Al-Imam At-Tirmidzi dan beliau berkata bahawa hadis ini darjatnya Hasan Shahih. Rasulullah S.W.T bersabda :
لَاتَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ اربع , عن عُمْرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ عِلْمِهِ فِيمَا فَعَلَ وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَه
وَفِيمَا أَنْفَقَهُ وَعَنْ جِسْمِهِ فِيمَا أَبْلَاه
"Tidak akan bergeser kedua kaki seorang hamba pada hari kiamat nanti sampai ditanya tentang empat perkara : 1. tentang umurnya untuk apa dia gunakan, 2. tentang ilmunya, sejauh mana dia amalkan ilmunya tersebut, 3. tentang hartanya, dari mana harta tersebut didapatkan dan untuk apa harta tersebut dibelanjakan, dan 4. tentang tubuhnya, untuk apa dia gunakan."
(H.R. At-Tirmidzi)
Membasmi Maksiat
Perlaksanaan menghindari daripada terjerumus ke arah kemaksiatan:
- Aktif melakukan perkara yang berfaedah supaya dapat menghilangkan fikiran pada perkara negatif.
- Hendaklah menundukkan pandangan daripada melihat perkara-perkara yang mengajaknya kepada melakukan maksiat.
- Melakukan perkara-perkara yang dihalalkan bagi mengurangkan kecenderungan melakukan maksiat.
- Memikirkan akibat buruk melakukan perkara larangan itu semasa hidup di dunia lagi.
100 nyawa diganti keampunan
Diceritakan pada zaman dahulu, terdapat seorang lelaki yang telah membunuh seramai 99 orang. Lelaki tersebut dari kalangan penduduk Bani Israel. Suatu hari, beliau telah menyesali kejahatan yang dilakukannya dan terdetik ingin bertaubat kepada Allah s.w.t.
Lalu dia keluar ingin menemui orang alim di kawasan kampungnya supaya dia dibimbing ke arah bertaubat dab beribadah. Setelah agak lama mencari akhirnya dia berjumpa dengan seorang ahli ibadah. Dia menceritakan keadaan dirinya seraya bertanya, “Adakah pintu taubat masih terbuka bagiku?” Ahli Ibadah tadi menjawab,“Tidak”. Lelaki tersebut berasa sangat marah dan membunuh ahli ibadah yang berada di hadapannya tadi. Maka, genaplah 100 orang telah dibunuh olehnya.
Tersentak daripada perbuatannya, lelaki tersebut menyesal dan meneruskan perjalanannya bagi mencari orang alim lain yang boleh membantunya. Setelah agak puas bertanya kepada orang ramai akhirnya dia dipertemukan dengan seorang alim di sebuah kawasan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
