Jangan suka Mencaci





Bismillahirrahmanirrahim,

Post kali ini saya ingin bercakap mengenai perbuatan Mazmumah iaitu mencaci. Perbuatan Mencaci atau menyakiti seseorang Muslim adalah termasuk dosa besar dalam Islam kerana ia boleh menjejaskan nama baik atau maruah orang yang dimaki dan disakiti hatinya.

             Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Seorang Mukmin bukanlah orang yang suka mencerca, bukan suka menghina, bukan suka berbuat keji dan bukan orang yang suka bercakap keji."

Marilah sama-sama kita jaga diri kita dari perbuatan ini dan di sini saya ingin berkongsi tips untuk merawat lidah bagi mereka-mereka yang sering mencaci atau yang suka menyakiti hati orang lain.

  1. Latihkan diri dengan berkata-kata dan berbual dengan perkataan yang baik-baik, lemah lembut dan mesra.
  2. Latihkan diri dengan menjauhi daripada sikap menghina, mengutuk,merendah-rendahkan sesama Muslim.
  3. Latihkan diri dengan bergaul dan berkawan sesama rakan yang baik, jug berdamping dengan  orang yang tinggi ilmu agamanya.
  4. Latihkan diri dengan mengelak daripada bersikap suka bermusuh, suka mengumpat,suka bertengkar.
  5. Latihkan diri dengan meringankan lidah untuk memohon maaf dengan orang lain jika tersilap atau berbuat salah.
  6. Latihkan diri dengan mengamalkan sikap berbaik sangka dan menolak buruk sangka terhadap orang lain.
  7. Latihkan diri dengan mengamalkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.
Renung-renungkan dan Selamat Beramal :)

YA ALLAH, LINDUNGILAH HATIKU INI DARIPADA KOTORNYA MAKSIAT




Allah berfirman :

"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami, atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? kerana sesungguhnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta adalah hati yang ada di dalam dada."


(Surah al-Hajj 22:46)

Berpakaian tetapi Telanjang




Rasulullah s.a.w. telah memberi amaran berkenaan satu sikap golongan hawa yang menjadi penghalang mereka daripada mencium bau syurga. Bau syurga pun tidak dapat dihidu, apatah lagi melangkah kaki memasukinya. Nauzubillah! Moga Allah melindungi kita semua.


          Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
   
   "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka (sanggul/fesyen rambut) bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalann yang sangat jauh." 
(Riwayat Muslim)

          Dalam riwayat Imam Malik, ada sambungan hadis ini iaitu: "...Bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan." (Al-Muwatta')

Berpakaian



Ummu Salamah meriwayatkan,
"Pakaian yang paling disukai Rasulullah s.a.w. adalah pakaian gamis"
(Riwayat Tirmidzi dan Abu Daud)

Qailah binti Makhramah meriwayatkan (dalam sebuah hadis yang panjang),
"Saya melihat Rasulullah s.a.w. mengenakan dua helai pakaian usang yang diwarnai dengan za'faran. Warna kedua pakaian itu pun mulai luntur."
(Riwayat Tirmizi)


Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Hendaklah kalian mengenakan pakaian yang berwarna putih; orang-orang yang masih hidup di antara kalian, hendaklah mengenakan pakaian berwarna putih. Dan orang-orang yang telah meninggal dunia, hendaklah dikafani dengan kain yang berwarna putih. Sungguh, pakaian berwarna putih itu merupakan bahagian pakaian yang paling baik bagi kalian."
(Riwayat Tirmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, dan Ahmad)


Law Kana Bainana



LAW KANA BAINANA

Puisi Intro
----------
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Start
-----
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

Lirik Dalam Arab
-------------------------------------------------------------------
عبد الرحمن محمد -- لو كان بيننا الحبيب
------------------------------------------
يا ربي قد غفلنا وكلنا طمع
في عفو وفي كرم وفي اعتاق
وجنة مع سيد البشر
ندعوك... ندعوك ربي من الأعماق

لو كان بيننا الحبيب # لدنا القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب # طالباً قرب الحبيب

بقربه النفس تطيب # وتدعوا الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب # بلغنا لقاه يا مجيب

هداك الكون الرحيب # رحمة الهادي القريب
حديثك النهر العذيب # جوارك الغصن الرطيب
فدتك روحي يا حبيب # محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب # يا رحمة للعالمين

يا حبيبي يا محمد # يا طبيبي يا ممجد
أنت ذوالفضل المؤيد # جل من صلى عليك

Kerana aku Malu

Samihah mengurung diri di bilik pejabat. Dia baru selesai bercakap dengan suami. Matanya menatap skrin komputer yang menyala. Hatinya berperang dengan minda, rasa marah dan berang berombak di dada. Dia cuba memahami kenapa suaminya berperangai begitu. Rupa kacak, kerja berpangkat, tetapi apabila minta menemaninya ke butik dan saloon, jawapannya tetap sama, "Saya malu."

          Samihah panas hati, dia menulis SMS untuk suaminya "Nak minta teman ke tempat itupun masih malu? Awak ni lelaki atau perempuan?" dan menekan butang hantar.
          Dahulu, sebelum dia mengahwini Ibrahim. Dia sering ke Saloon Moona untuk berdandan dan singgah ke Butik Jasmin memilih baju setiap kali masuk gaji. Namun selepas berkahwin, dia memakai tudung demi memenuhi syarat Ibrahim. Samihah memenuhi syarat itu sebagai penghijrahan kepada kebaikan. Semenjak hari itu dia tidak berpeluang ke Saloon Moona dan Butik Jasmin. Ibrahim tidak bersedia menemaninya ke situ. Alasannya sama, "Dia malu!"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...