Berpakaian tetapi Telanjang




Rasulullah s.a.w. telah memberi amaran berkenaan satu sikap golongan hawa yang menjadi penghalang mereka daripada mencium bau syurga. Bau syurga pun tidak dapat dihidu, apatah lagi melangkah kaki memasukinya. Nauzubillah! Moga Allah melindungi kita semua.


          Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
   
   "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka (sanggul/fesyen rambut) bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalann yang sangat jauh." 
(Riwayat Muslim)

          Dalam riwayat Imam Malik, ada sambungan hadis ini iaitu: "...Bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan." (Al-Muwatta')

Berpakaian



Ummu Salamah meriwayatkan,
"Pakaian yang paling disukai Rasulullah s.a.w. adalah pakaian gamis"
(Riwayat Tirmidzi dan Abu Daud)

Qailah binti Makhramah meriwayatkan (dalam sebuah hadis yang panjang),
"Saya melihat Rasulullah s.a.w. mengenakan dua helai pakaian usang yang diwarnai dengan za'faran. Warna kedua pakaian itu pun mulai luntur."
(Riwayat Tirmizi)


Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Hendaklah kalian mengenakan pakaian yang berwarna putih; orang-orang yang masih hidup di antara kalian, hendaklah mengenakan pakaian berwarna putih. Dan orang-orang yang telah meninggal dunia, hendaklah dikafani dengan kain yang berwarna putih. Sungguh, pakaian berwarna putih itu merupakan bahagian pakaian yang paling baik bagi kalian."
(Riwayat Tirmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, dan Ahmad)


Law Kana Bainana



LAW KANA BAINANA

Puisi Intro
----------
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Start
-----
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

Lirik Dalam Arab
-------------------------------------------------------------------
عبد الرحمن محمد -- لو كان بيننا الحبيب
------------------------------------------
يا ربي قد غفلنا وكلنا طمع
في عفو وفي كرم وفي اعتاق
وجنة مع سيد البشر
ندعوك... ندعوك ربي من الأعماق

لو كان بيننا الحبيب # لدنا القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب # طالباً قرب الحبيب

بقربه النفس تطيب # وتدعوا الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب # بلغنا لقاه يا مجيب

هداك الكون الرحيب # رحمة الهادي القريب
حديثك النهر العذيب # جوارك الغصن الرطيب
فدتك روحي يا حبيب # محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب # يا رحمة للعالمين

يا حبيبي يا محمد # يا طبيبي يا ممجد
أنت ذوالفضل المؤيد # جل من صلى عليك

Kerana aku Malu

Samihah mengurung diri di bilik pejabat. Dia baru selesai bercakap dengan suami. Matanya menatap skrin komputer yang menyala. Hatinya berperang dengan minda, rasa marah dan berang berombak di dada. Dia cuba memahami kenapa suaminya berperangai begitu. Rupa kacak, kerja berpangkat, tetapi apabila minta menemaninya ke butik dan saloon, jawapannya tetap sama, "Saya malu."

          Samihah panas hati, dia menulis SMS untuk suaminya "Nak minta teman ke tempat itupun masih malu? Awak ni lelaki atau perempuan?" dan menekan butang hantar.
          Dahulu, sebelum dia mengahwini Ibrahim. Dia sering ke Saloon Moona untuk berdandan dan singgah ke Butik Jasmin memilih baju setiap kali masuk gaji. Namun selepas berkahwin, dia memakai tudung demi memenuhi syarat Ibrahim. Samihah memenuhi syarat itu sebagai penghijrahan kepada kebaikan. Semenjak hari itu dia tidak berpeluang ke Saloon Moona dan Butik Jasmin. Ibrahim tidak bersedia menemaninya ke situ. Alasannya sama, "Dia malu!"

Akhlak Rasulullah



Aisyah r.a meriwayatkan :
"Rasulullah s.a.w. bukanlah orang yang keji dan beliau tidak pernah berbuat keji. Beliau tidak pernah berteriak-teriak di pasar. Beliau tidak pernah membalas keburukan dengan keburukan; beliau selalu memaafkan dan bersikap lapang dada."
(Riwayat Tirmidzi, Abu Daud, dan Ahmad)

Ibnu Abbas r.a meriwayatkan :
"Rasulullah s.a.w. adalah orang yang paling banyak berbuat kebaikan. Tetapi puncak kemurahan hati beliau terjadi pada bulan Ramadhan hingga bulan itu berakhir. Pada bulan itu, Jibril datang kepada beliau, sehingga Rasulullah s.a.w. boleh memperdengarkan Al-Quran kepadanya. Dan ketika Jibril menemui beliau, sungguh, Rasulullah s.a.w. berbuat kebaikan lebih banyak daripada angin yang berhembus kencang."
(Riwayat Bukhari, Muslim, Nasa'i, Ahmad, Baghawi, dan Ibnu Sa'd)

Aisyah r.a meriwayatkan :
"Rasulullah s.a.w. menerima hadiah dan membalas pemberian itu (dengan hadiah yang setara atau lebih berharga)."
(Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Abu Daud, dan Ahmad)



Budaya Legging


Pemandangan wanita bertudung dengan seluar ketat, baju ketat, baju nipis dan singkat sudah menjadi halua mata setiap hari apabila kita bersiar di Pasaraya atau di Pusat Pengajian Tinggi. Tak kurang juga pakaian wanita yang bertudung lebih seksi daripada wanita tidak bertudung. Tidak kurang juga wanita bertudung lebih teruk perangainya daripada wanita tidak bertudung.

Tanda Benarnya Sabda Rasulullah S.A.W..

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,:“Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.” (HR. Muslim no. 2128)

Selawat

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya

10 Macam gangguan Syaitan ketika Solat



Assalamualaikum,

Kali ini ana ingin berkongsi satu ilmu yang ana terjumpa kepada antum semua tentang gangguan Syaitan ketika solat.




Berikut merupakan 10 gangguan ketika kita melakukan solat : 




  1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratulihram,


       Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.


Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.


Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.



   2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat,


        Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.” Rasulullah menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.


“Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menjauhkan gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat Muslim).

Cara membaca Al-Fatihah




Al-Fatihah merupakan salah satu rukun 13 dalam solat dan ia merupakan rukun ke-3 dalam solat.
Tidak membaca Al-Fatihah di dalam solat maka tidak sah solat kita kerana Al-Fatihah merupakan rukun Qauli iaitu wajib dibaca dengan betul.

Syarat sah bacaan Al-Fatihah ialah :

  • Bacaan itu didengari dengan jelas jika dia mempunyai pendengaran yang baik,
  • Membaca mengikut tertib ayat serta jelas sebutan huruf dan bacaan yang bersabdu,
  • Menyebut sebutan kalimah dalam surah itu dengan betul sama dengan maknanya. Jika tidak solatnya dianngap tidak sah,
  • Bacaan surah Al-Fatihah hendaklah disebut dalam bahasa Arab,
  • Hendaklah menyempurnakan bacaan Al-Fatihah ketika dalam keadaan berdiri dan tidak boleh disambung dalam keadaan duduk. Dalam hadis riwayat Ibnu Hibban dan Daraquthni menyebut : "Tidak cukup solat yang tidak dibaca Al-Fatihah kepadanya."

YA ALLAH, JAUHKAN AKU DARIPADA KELEKAAN DAN KEALPAAN SEHINGGA TERLUPA MENYEBUT NAMA-MU



Dari Jabir r.a., dia berkata, aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: 

          "JIKA ADA SESEORANG MEMASUKI RUMAHNYA, LALU DIA MENYEBUT NAMA ALLAH S.W.T PADA SAAT MEMASUKINYA DAN PADA SAAT MAKAN, MAKA SYAITAN AKAN BERKATA KEPADA RAKAN-RAKANNYA: 'TIDAK ADA TEMPAT MENGINAP BAGI KAMU SEMUA DAN TIDAK ADA JUGA MAKAN MALAM UNTUK KAMU SEMUA.' DAN JIKA MASUK RUMAH, LALU DIA TIDAK MENYEBUT NAMA ALLAH PADA SAAT MEMASUKINYA, MAKA SYAITAN AKAN BERKATA: 'KAMU SEMUA BOLEH MENGINAP DI SINI.' DAN JIKA TIDAK MENYEBUT NAMA ALLAH PADA SAAT AKAN MAKAN MAKA SYAITAN AKAN BERKATA : 'KAMU SEMUA BOLEH MENGINAP DAN JUGA MAKAN MALAM.' "

                                                                                                                                       (Riwayat Muslim)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...