Berpakaian tetapi Telanjang




Rasulullah s.a.w. telah memberi amaran berkenaan satu sikap golongan hawa yang menjadi penghalang mereka daripada mencium bau syurga. Bau syurga pun tidak dapat dihidu, apatah lagi melangkah kaki memasukinya. Nauzubillah! Moga Allah melindungi kita semua.


          Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
   
   "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka (sanggul/fesyen rambut) bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalann yang sangat jauh." 
(Riwayat Muslim)

          Dalam riwayat Imam Malik, ada sambungan hadis ini iaitu: "...Bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan." (Al-Muwatta')

Berpakaian



Ummu Salamah meriwayatkan,
"Pakaian yang paling disukai Rasulullah s.a.w. adalah pakaian gamis"
(Riwayat Tirmidzi dan Abu Daud)

Qailah binti Makhramah meriwayatkan (dalam sebuah hadis yang panjang),
"Saya melihat Rasulullah s.a.w. mengenakan dua helai pakaian usang yang diwarnai dengan za'faran. Warna kedua pakaian itu pun mulai luntur."
(Riwayat Tirmizi)


Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Hendaklah kalian mengenakan pakaian yang berwarna putih; orang-orang yang masih hidup di antara kalian, hendaklah mengenakan pakaian berwarna putih. Dan orang-orang yang telah meninggal dunia, hendaklah dikafani dengan kain yang berwarna putih. Sungguh, pakaian berwarna putih itu merupakan bahagian pakaian yang paling baik bagi kalian."
(Riwayat Tirmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, dan Ahmad)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...