Pemohon Maaf dan Pemaaf


Orang yang sentiasa memohon maaf itu...."Orang yang HEBAT"
Orang yang bersikap pemaaf itu...."Jauh lebih HEBAT"

          Adalah tidak menjadi satu kehinaan kepada kita sekiranya kita adalah seorang PEMAAF kerana di sinilah wujudnya sifat terpuji sebagai seorang Islam :

  • menunjukkan kebijaksanaan
  • orang yang bersih dari kesombongan
  • orang yang bersih dari dendam kesumat
  • tidak ada rasa terhina diri
  • keimanan yang tertinggi

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Orang yang paling kuat bukanlah orang yang dapat menjatuhkan orang kuat lainnya, tetapi orang kuat yang sejati adalah yang dapat mengendalikan dirinya ketika marah."

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Iaitu orang-orang Yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang Yang menahan keMarahannya, dan orang-orang Yang Memaafkan Kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara Yang baik."  (Surah Ali-Imran : 134)

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah ) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya." (Hadis Riwayat Bukhari)

                                                                                                        Sumber : Ustaz Rozailil

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...