Panduan Qiamullail



Assalamualaikum,,,

Di sini aku ingin berkongsi kepada korang sedikit tips yang korang boleh lakukan ketika Qiamullail :

  • Bangun pagi, sapu muka dan berdoa.
  • Bersugi.
  • Antara solat sunat yang boleh dikerjakanseperti solat sunat tahajud, solat sunat tasbih, solat sunat taubat, solat sunat hajat, dan ditutup dengan solat sunat witir.
                     Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Solat yang paling baik dikerjakan selepas solat fardu ialah solat sunat tahajud pada waktu malam." (Riwayat Muslim)
                     Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakan sembahyang tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Allah membangkit dan menempatkan kamu di tempat terpuji pada hari akhirat kelak." (Surah al-Isra' 17:79)

  • Memperbanyakkan istighfar dan berdoa kerana antara waktu yang mustajab berdoa.
  • Sederhanakan suara ketika membaca bacaan dalam solat dan berdoa.
  • Merintih dan menangis di hadapan Allah.
  • Sementara menunggu waktu Subuh, bolehlah diisi dengan mambaca al-Quran dan berzikir.
  • Amalan tidak semestinya perlu banyak, yang penting istiqamah.
Harap korang dapat mengamalkan tips-tips yang telah diberi seperti di atas. Semoga kita dapat melakukan Qiamullail dengan lebih kerap dan khusyuk..



Taken at Gen-Q magazine..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...