Nikmat Tuhan




Nikmat Tuhan, bagaimana kita manfaatkan :)


Allah S.W.T menyatakan dalam Al-Quran :

وَآتًاكُمْ مِن كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ وَإِن تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللهِ لَا تُحْصُوهَا إِنَّ الْإِنسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ

Maksudnya : "Dan dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)."

(Ibrahim : 34)

Rasulullah S.A.W dari hadis Abu Barzah Al-Aslami Radhiyallahu'anhu yang diriwayatkan oleh Al-Imam At-Tirmidzi dan beliau berkata bahawa hadis ini darjatnya Hasan Shahih. Rasulullah S.W.T bersabda :

لَاتَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ اربع , عن عُمْرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ عِلْمِهِ فِيمَا فَعَلَ وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَه
وَفِيمَا أَنْفَقَهُ وَعَنْ جِسْمِهِ فِيمَا أَبْلَاه

"Tidak akan bergeser kedua kaki seorang hamba pada hari kiamat nanti sampai ditanya tentang empat perkara : 1. tentang umurnya untuk apa dia gunakan, 2. tentang ilmunya, sejauh mana dia amalkan ilmunya tersebut, 3. tentang hartanya, dari mana harta tersebut didapatkan dan untuk apa harta tersebut dibelanjakan, dan 4. tentang tubuhnya, untuk apa dia gunakan."

(H.R. At-Tirmidzi)



Tidak akan bergeser kedua kaki seorang hamba pada hari kiamat nanti sampai ia ditanya tentang 4 perkara :

  1. Ditanya tentang umurnya, semasa dia hidup di dunia ini, untuk apa ia gunakan. Apakah dengan usia atau kesempatan itu dia gunakan untuk berfoya-foya, atau dia tidak merasa bahawasanya dia akan dikembalikan oleh Allah S.W.T pada hari kiamat nanti.
  2. tentang ilmunya, sejauh mana dia amalkan ilmu tersebut. Kita menuntut ilmu ini tidak dibiarkan oleh Allah S.W.T. Allah S.W.T akan bertanya bagaimanakah kita manfaatkan ilmu tersebut. Sebagai orang yang berilmu kita haruslah beramal dengannya.
  3. tentang hartanya, dari mana ia dapatkan harta tersebut dan untuk apa harta tersebut dibelanjakan. Apakah harta tersebut dia peroleh dari jalan yang halal, atau harta tersebut diperoleh dari hal-hal yang haram.
  4. tentang tubuhnya, untuk apa dia gunakan atau habiskan di dunia ini. Apakah tubuh tersebut dia gunakan untuk bermaksiat kepada Allah atau sebaliknya.

*Ceritera saya buat kawan-kawan ^_^

  • renung-renungkanlah apa yang kita telah gunakan dengan umur kita ini, adakah lebih banyak untuk beribadah atau lebih banyak untuk berfoya-foya..kalau lah dekat akhirat nanti dipersoalkan, apa kita nak jawab.
  • sejauh manakah kita beramal dengan ilmu yang kita ada. Contoh, dah tahu cara nak sembahyang , tapi tak buat..dah tahu merokok itu haram, masih juga merokok..banyak lagi lah contoh yang dapat kita tengok. Renung-renungkanlah :D
  • Harta, ada banyak. Tinggi lagi timbunan harta dari gunung. Tapi ! anda bayar zakat ? anda bersedekah ? anda menderma pada surau/masjid ? tidak~ saya pernah dipersoalkan tentang setiap sen kredit telefon saya, bagaimana saya gunakannya ? mesej dengan kawan ? mesej apa ? mesej yang bagaimana ? tersiam saya~ walaupun satu sen, tu tetap nikmat yang diberi Allah dan akan dipersoalkan di akhirat kelak.
  • Allah dah kurniakan dengan penglihatan, pendengaran dan tubuh badan yang sihat. Tanya diri, apa yang kita dah buat dengan nikmat yang Allah telah beri ?? Tengok benda yang tidak elok ? dengar gosip, fitnah ? sebarkan fitnah ? Berjalan ke tempat maksiat, panggung wayang contohnya .. fikirkanlah~
    Semua tu akan dipersoalkan kelak...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...