Tolak yang Biasa, Tambah yang Baik

Tolak: Bangun pagi bermalas-malasan sambil berdialog, "Alamak...nak pergi sekola la pulak!! Hari-hari buat benda yang sama...
hmph!"


Tambah: Celik mata terus berdoa, "Ya Allah, hari ini, lihatkanlah mataku kepada kebesaran-Mu, dengarkanlah telingaku kepada kalimah-Mu, ucapkanlah bibirku kepada memuji-Mu, indahkanlah perangaiku kepada apa yang Engkau perintahkan."


Tolak: Berkhayal ketika dalam kelas sambil merungut dalam hati, "Bosan la cikgu ni. Meleweh macam mengajar penyu berlari!"



Tambah: Berwuduk sebelum masuk kelas dan berdoa, "A'uzubillah...jauhkanlah aku daripada gangguan SYAITAN yang terkutuk, penipuannya, bisikannya dan godaannya."


Tolak: Bercerita dan bercakap kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah sambil mengutuk. "Buruknya perangai...ikut kelakuan atok nenek dia la tu!"


Tambah: Banyakkan diam dan bercakap bila perlu sahaja di samping berdoa, "Ya Allah, dengan kasih sayang-Mu, perelokkanlah perangaiku dan orang di sampingku agar kami bersyukur dengan apa yang Engkau beri."


Teks : Teacher Ruby (Gen-Q magazine)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...